Wednesday, 18 April 2012

Tercipta

Jam 1.52am selesai edit format final peroject report untuk proses seterusnya (jilid), ditemani hujan yang membawa sejuta rahmat kepada umat manusia dibumi, aku mendapat ilham untuk menaip serba sedikit luahan yang terbuku dihati.  Aku, seorang yang sangat semakin sensitif dengan keadaan sekeliling dimana yang dulunya tak pernah menitiskan air mata untuk lelaki dibelakang mahupun didepannya, tapi kini semuanya sudah berubah.  Kekuatan yang dulu terhapus dek masa yang begitu pantas berlalu.  Berdiri di atas kaki sendiri aku masih tidak mampu, walaupun usia sudah menjangkau 24 tahun.  Terasa diri sangat kerdil bila tugas yang perlu diselesaikan tidak mampu diselesaikan tanpa bantuan orang lain :(.  Perasaan bersalah membuak-buak bila meminta pertolongan, namun hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih.  

Aku banyak menyusahkan dia, aku menjadi beban dia.  aku mintak maaf sangat sangat, maafkan aku cinta.  Aku tak mampu tanpa kamu.  Aku tak sesempurna kamu.  Aku banyak kelemahan.  Aku tak pandai menghargai kamu.  Aku selalu buat kamu lemah.  MAAFKAN AKU :(.  

KAwAN maafkan aku jika selama ni aku banyak menyusahkan kamu.  Aku tahu aku lemah.  Aku tak sehebat kamu semua.  Mungkin ini yang terakhir kali aku menyusahkan kamu dan buat kamu 'fedup' dengan aku.  Mungkin lepas ni kita tak kan bersua lagi dan aku cuba untuk tidak muncul dalam hidup kamu lagi.  Aku berterima kasih banyak banyak pada kamu yang tidak jemu memberi pertolongan pada aku.  Terima kasih KAwAN.  

Saat aku memikirkan KAwAN, malas aku nak ikut kursus Program Pertauliahan Professional (3P).  Namun bila difikirkan 'future' aku tempuh dengan lafaz alhamdulillah :).  Semoga ianya dirahmati dan diberkati selalu.  Dia sentiasa bersama hambaNya.  

Monday, 2 April 2012

Sekali Lagi

Alhamdulillah, at the last settle sudah FYP.. Penat lelah, kehulu kehilir, pening pening kerana FYP semua da tamat. Syukur kepadaMu ya Allah permudahkan segala urusan hambaMu ini..Thank a lot to my project partner HayatiHashim yang da banyak bersabar dengan segala dugaan yang datang sepanjang menyiapkan FYP..sekarang da boley boley senyum melebar..syukur padaMu ya Allah :)

Untuk kesekian kalinya perasaan ni datang lagi..Seboleh-boleh aku mengelak, namun aku tak kuat. Keliru dengan kehendak hati sendiri. Perasaan rindu yang membuak buak, pada siapa, aku sendiri tidak mendapat jawapan untuk itu..Mencari teman yang boleh untuk meluahkan segala yang terbuku. Namun kepercayaan pada insan lain hanya setebal kulit bawang membuatkan aku menukar fikiran. Hanya mampu berdoa dan berserah pada Dia. Tiada yang lain selain dariMu. Aku mohon kepadaMu, leraikanlah segala yang tersimpul. 



sincerelly
mssbbiey



Friday, 9 March 2012

Kawan vs Sahabat

Kawan vs Sahabat MssBbiey..

Aku ada ramai kawan, sangat ramai.semua yang aku kenal aku anggap kawan aku.Dan aku sangat suka berkawan cz bila berkawan macam macam perangai macam macam kerenah yang aku boleh tengok dan aku boleh menilai.Dulu, aku sangat pentingkan kawan, sehinggakan family pun aku abaikan..namun, itu hanya DULU, KINI aku da boleh berfikir dengan matang, FAMILY FIRST..Buat masa sekarang tiada yang lebih penting melainkan FAMILY aku..Dengan berkawan juga aku boleh melihat mana yang betul betul ikhlas berkawan n mana yang tak ikhlas.Sepanjang hidup aku, pengalaman berkawan banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Banyak suka duka yang aku dapat.Namun, alhamdulillah aku bersyukur, kawan yang aku kenal semuanya baik baik, tak pentingkan diri sendiri, suka menolong, sentiasa ada time susah n senang.aku sayang semua kawan aku.Tapi dalam ramai ramai kawan tuh mesti lah ada yang &%$#@ sorang dua kan..hmmm begitu juga dengan aku.Biasalah adat berkawan, apa yang dia buat aku terima dengan ikhlas :).Apa yang aku harapkan biarlah hanya pada aku yang dia buat, jangan pada orang lain..

TETAPI dalam bidup aku, aku punya sahabat hanya SATU..hanya dia sahabat aku..seorang kawan dan seorang sahabat sangat lah berbeza pada aku..aku mengenal erti sahabat bila aku form 4 dulu..sampai sekarang dia adalah sahabat aku dan aku berharap dia adalah sahabat aku sampai bila bila..

Sedikit Tatapan Buat Kawan vs Sahabat :)


sincerelly
mssbbiey

Friday, 27 January 2012

Mampukah


Tiap saat, tiap detik, tiap masa memikirkan kehendak hati..tp aku tak berdaya untuk mengubah semua ni..untuk bertahan selama 3bulan lagi aku tak yakin..akan ku cuba setabah mungkin..mengharapkan insan tersayang sentiasa disisi untuk membangkitkan semangat tak mungkin ku dapat..hanya mampu berdoa dan berserah padaNya untuk kuatkan semangat..

Ada yang perasan akan perubahan ini, aku hanya mampu senyum tawar untuk menutup semuanya..kisah dulu  hanya tinggal kenangan, mungkin tiada lagi untuk kesekian kali...


mencuba dan terus mencuba yang terbaik hanya untuk sedikit masa lagi..mampukah aku bertahan??? 


Tuesday, 24 January 2012

Kesepian

"Dalam hidup ni, sebagai manusia kita tak kan pernah puas dengan apa yang kita ada..hakikatnya kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan..namun, aku sebagai manusia biasa tak mampu melawan godaan syaitan laknatullah..


hati dan perasaan aku sangat tidak kuat bila berjauhan dengan orang-orang tersayang..walhal umur semakin meningkat, tp aku tak cukup matang untuk mengharungi segala dugaan dan rintangan..semakin berumur semakin banyak yang kena pikir..semua hal kena pikir secara matang..tp aku sendiri tak matang, cam mana?hmmm #kelauttt....

2012, tahun yang cukup kosong bagi aku..mungkin diawal tahun sahaja, mudahmudahan..kini, sudah hampir  sebulan 2012 berlalu, hati aku makin hari makin sayu..aku berubah..tp perubahan -ve..aku semakin 'slow' , pemikiran aku semakin lambat, cepat penat, antibodi semakin menurun..aku perasaan akan perubahan ini, tp aku tiada jawapan untuk semua ni..

apa pun dugaan yang datang, aku ikhlas terima..tp aku tak kuat..aku perlu orang yang boley menjadi kakak untuk aku disini..tp tiada siapa pun boley gantikan bff aku..kat sini tiada sape pun boley kuatkan semangat aku..tp sampai bila aku nak harapkan orang lain..puas memujuk hati sendiri, tp aku hampa..nak menghabiskan 3bulan disini sgt berat untuk aku..cam mana sekalipun aku tetap kena habeskan demi masa depan aku..

tika perasaan bercelaru macam ni, hanya http://www.quranexplorer.com/quran/ jew yang boley buat aku tenang..alhamdulillah..walaupun ia makin buatkan aku rindu kat abah n mama, tp mampu buat aku lebih tenang..alhamdulillah..






Saturday, 21 January 2012

"Gong Xi Fa Cai"

Sempena cuti "Gong Xi Fa Cai" family aku semua berkumpul kat kampung..Kami buat majlis kesyukuran sempena majlis aqiqah anak buah aku yang keenam..kali ni aku sanggup ponteng kelas..tapi aku kecewa cz majlis aqiqah nak buat hari isnin, so, tak dapat lah aku nak pergi mmber aku tunang..hmmm..xpelah da kawen baru pergi, tu pun lau xbalik kampung..apa2 pun family first :) ...

Sepanjang cuti ni, hati aku tak tenang bila pikirkan keje n project :(..lau aku tak pikir panjang memg aku bhenti jep..tp aku kena gagahkan juga untuk masa depan aku..selama 2 1/2 aku boleh bertahan, tak kan u 4 bulan aku tak boley nak bersabar kan..mudah2an segala urusan aku d permudahkan, amin...






*menikmaticutibersamafamilytersayang :)...yeeeehaaa 

Saturday, 14 January 2012

BlogRunning

 
Buat kesekian kalinya aku terpaksa create blog baru..oleh sebab suka sgt,    account google aku sampai ada 3 then aku tak dapat nak update or del sikecikbbiey.blogspot.com..banyak kenangan n kisah aku tertulis kat blog tu..nak ambik balik pun da tak boleh :(..

actually blog aku xde apa y special pun..aku seorang yang tidak suka meluahkan apa yang aku rase pada orang lain, tak kira tika  aku happy, sedey, keinginan aku atau apa pun yang aku rase..kat sini lah tempat yang buat aku sangat selesa untuk meluahkan segala apa yang aku rase..

ini juga sebagai permulaan bagi tahun 2012, byk perkara yang berlaku dalam hidup aku..semua ni adalah dugaan dan ujian dariNya untuk hambaNya..ini sudah ditentukan sejak aku 4bulan dalam kandungan mama..bila aku dilahirkan, bila ajal aku, siapa jodoh aku, apa dugaan yang akan aku hadapi, kemana aku, macam mana kehidupan aku, itu semua da ditentukan kepada aku..

aku harap hidup aku sebagai hambaNya tidak sia-sia..mudah2an segala urusan aku di permudahkan..aminn